Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma/.se.ma/] | ٢ سمق

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar: rumput dan ~ tumbuh di tebing-tebing sungai itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma/.se.ma/] | ٢ سمق

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah: ~ samun berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg kecil dan rendah. 2 ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg kecil; penuh dgn pelbagai tumbuh-tumbuhan yg kecil: Halaman rumahnya ~ sekali. 3 tidak teratur dgn baik; kusut. ~ hati kusut atau kacau fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semak-semak

Puisi
 

Di dalam semak ada kebun,
     Di dalam kebun ada bunga;
Di dalam gelak ada pantun,
     Dalam pantun ada makna.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Dari semak ke belukar.

Bermaksud :

Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Semak-semak disiangi, rimbun-rimbun ditutuh.Sesuatu benda hendaklah dijaga dan dipelihara dengan baik-baik. ditutuh = dipotong cabangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dari semak ke belukar.Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan perempuan yang lebih jahat lagi; meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Buang daun keladi, berselimut dauh birah, b. Buang kuali ambil belanga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menohokkan lembing ke semak.Perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai getah dibawa ke semak.Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak.Dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati). surut = undur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa. sesapan = semak belukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas