| Lenggang patah sembilan. | Gaya langkah yang lemah-lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Lenggang lenggok bagai cupak hanyut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya. | Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai tagar di Pulau Sembilan. | Cakap terlalu tinggi dan sombong. tagar = guruh, guntur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah tujuh duduk berjanda, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi. | Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |