Air diminum sembiluan. | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidur tak lelap, makan tak kenyang. | Orang yang bersusah hati (gelisah), kerana sangat banyak yang difikirkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. | Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |