Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembunyi-sembunyi puyuh. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan. | Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. | Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |