| Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sementara menyorok ekor habis. | Orang yang malang nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang. | Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu. | Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Getu sementara lagi bintik. | Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menjemur sementara hari panas. | Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Membuat diam-diam lepu. | Berpura-pura baik sementara ada kesempatan untuk berbuat jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang. | Kasih sayang sementara disukai, sudah bosan lalu dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. | Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. sedap = maksudnya: segar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |