Rentak sedegam, langkah sepijak. | Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuah kerbau gemuk, tuah lombong berisi, tuah manusia semuafakat. | Keunggulan kerbau kerana gemuknya, keunggulan lombong kerana isinya, keunggulan manusia kerana muafakatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. | Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. | Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat. berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |