Seorang cecak, semuanya merasa pedih. | Kalau seorang berbuat salah, maka kaum keluarganya akan turut merasa malu. cecak = cubit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seruas tebu yang berulat, sebatangnya dibuang. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya, b. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga, c. Seekor kerbau membawa lumpur, habis mercik merata-rata, d. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Padi setangkai bernas semuanya. | Keluarga yang hidupnya beruntung dan berbahagia. bernas = berisi penuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditelan tak sengkang. | Semuanya berjalan dengan lancar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si bongsu pengindang antah. | Semuanya harus bekerja kerana kemiskinan; tidak dapat dimanjakan. pengindang = penampi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya. | Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya. | Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kerbau berkubang, sekandang kena luluknya. | Seorang yang berbuat salah, semuanya terbawa-bawa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |