Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mu.la] | سمولا

Definisi : 1 sekali lagi: Ia terpaksa menulis surat itu ~. 2 balik spt dahulu atau spt sedia kala; kembali spt yg mula-mula (keadaan, tempat dll): Badannya sudah sihat ~ selepas memakan ubat. 3 yg mula-mula; yg pertama sekali: Perangainya sekarang berbeza benar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Mari kusayur dengan petola,
     Bunga lengkuas berangkai-rangkai;
Kalaulah diulang dari semula,
     Kekasih bertuah tak dapat dipakai.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Bunga layu kembang semula.

Bermaksud :

Orang tua yang bersolek seperti orang muda.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula.Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga layu kembang semula.Orang tua yang bersolek seperti orang muda.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersabung akan induk ayam (= akan itik).Tidak tepat dengan dugaan semula; kecewa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggaru luka lama.Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti pohon bambu (= buluh) ditiup angin.Sanggup menderita kesusahan dengan sabar, dan apabila kesusahan telah berlalu, menegakkan kepalanya semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga yang layu balik kembang.Orang tua yang bersolek seperti orang muda. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga layu kembang semula).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal.Kalau dalam perundingan tidak mencapai kata sepakat, hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya dari semula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas