Semut mati di gula. | Manusia tersemu dengan pujuk rayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi. | Sesuatu yang mustahil dilakukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai semut penghimpun melukut. | Orang yang rajin bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati semut kerana gula (= manisan). | Mendapat bencana kerana bujukan atau kerana sesuatu yang menyenangkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati ikan kerana umpan, mati sahaya kerana budi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja. | Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Naik seperti semut, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semut dipijak tidak mati, gajah diarung bergelimpangan. | Orang yang kelihatannya lemah-lembut, tetapi terlalu keras tutur bahasanya. (Bandingkan dengan: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). arung = rempuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada gula, ada semut. | Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada padi masak, adalah pipit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |