Seperti tetaguk di rumah tinggal. | Bekerja sendirian, tetapi riuh bunyinya. tetaguk = burung pungguk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah tinggal sarang hantu, orang bujang sarang fitnah. | Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang. | Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |