Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.ka.lan] | سڠکالن

Definisi : papan tempat menggiling lada (rempah dll); anak ~ penggiling lada dll di atas sengkalan; spt ~ tak sudah prb sesuatu yg terlalu buruk rupanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.ka.lan] | سڠکالن

Definisi : papan tempat menggiling lada dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengkalan

Peribahasa

Ikan lagi di laut,
     lada garam sudah di sengkalan.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti sengkalan tak sudah.Sesuatu benda yang amat buruk kelihatannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan.Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Burung terbang dipipiskan lada). sengkalan = pengisar rempah-rempah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Burung terbang dipipiskan lada.Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rusa di hutan, kancah sudah dijerang.Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung terbang dipipiskan lada, b. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas