Menghadapi jambar seorang-seorang. | Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang. | Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang mencubit seorang menampar, yang menampar jugalah disalahkan. | Orang yang cerdik membuat kejahatan di dalam diam, tiada yang tahu; si bodoh melakukan kejahatan di dalam terang, terus disalahkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang budi-budian, seorang tabung seruas. | Dua orang yang berlainan sifatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seorang makan cempedak (= nangka), semua kena getahnya. | Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga. | Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang. | Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. | Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak seorang, penaka tidak. | Mempunyai barang hanya sebuah saja. penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak seorang, menantu malim. | Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |