Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hampas benda yg telah dikunyah dan dihisap airnya (spt tebu, sirih, dll): maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kpd tuan puteri Kuntum Ratna Sari; sepelontar ~ sirih jarak yg dekat sekali; ~ tembakau Kl a) sesuatu yg tidak berguna lagi; b) sampah masyarakat; habis manis ~ dibuang prb digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan; menyepah mengambil sari atau air drpd sesuatu (spt sirih, tebu, dll) dgn mengunyah: apa yg disepah oleh budak itu? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hampas drpd sesuatu (spt sirih, tebu) yg sudah dikunyah atau dihisap airnya: Habis manis ~ dibuang. menyepah mengambil air drpd sesuatu dgn mengunyah benda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sepah
Rujuk :hampas

Puisi
 

Sepah bulan di hujung jari,
     Buah belimbing pengelok kuku;
Kalau jatuh bulan abang mari,
     Jentik dinding bukalah pintu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Ada sirih hendak makan sepah.

Bermaksud :

Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Habis manis sepah dibuang.Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada sirih hendak makan sepah.Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada biduk, serempu pula.Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki. (Bandingkan dengan: a. Ada sampan hendak berenang, b. Ada sirih hendak makan sepah, c. Ada tangga hendak memanjat tiang). serempu = sejenis sampan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada tangga hendak memanjat tiang.Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas