Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia. | Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng. | Tidak ada daya upaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang tali berhujung juga. | Biar berapa lama juga hidup, akhirnya akan mati juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut. | Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan. | Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung. | Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = sebangsa buluh besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan. | Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mujur sepanjang hari, malang sekejap mata. | Malang yang tak dapat dielakkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh). | Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bayang-bayang tidak sepanjang badan. | Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |