Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : rasa kelat (buah-buahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : beberapa jenis ikan yg terdapat di laut dan juga di sungai atau di paya. ~ karang (laut) nama sj ikan laut, Pemphens spp.. ~ siam nama sj ikan darat, Trichogaster pectoralis. ~ padi (ronggeng) nama sj ikan darat yg terdapat di sawah dan biasanya kecil-kecil, Trichogaster trichopterus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sepat I

Puisi
 

Ikan sepat mudik ke hulu,
     Anak haruan putih dada;
Siapa cepat dapat dahulu,
     Siapa kemudian putih mata.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Bagai anak sepat ketohoran.

Bermaksud :

Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bodoh-bodoh sepat, tak makan pancing emas.Biarpun bodoh, dapat juga memilih mana yang baik dan mana yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai anak sepat ketohoran.Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas