Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih), cacing di bawah juga. | Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. | Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau menanduk anak, dengan kaparan tanduk, bukan dengan hujungnya. | Marah bapa akan anaknya itu tiada sampai membahayakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam patuk [= mematuk] anaknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hinggap seperti benalu. | Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ayam patuk (= mematuk) anaknya. | Menghukum anak: bukan untuk menyiksa, tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan, dibuang. | Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah. | Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. | Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |