Rambut bapanya sudah pindah ke kepalanya (sendiri). | Orang muda yang sudah pandai seperti orang tua-tua; orang muda yang tahu segala buruk dan baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sehari kahwin, sehari tua; sehari beranak, sehari gila. | Orang muda yang sudah kahwin dianggap sudah masuk golongan tua (fikiran dan kelakuan), pada waktu dapat anak gembiralah ia seperti gila. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti emas yang sudah tersepuh. | Paras yang elok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pinang tua merah ekor. | Perempuan yang sudah berumur, tetapi kelakuannya masih seperti gadis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti orang pemakan candu, dengan candu sampai mati. | Perbuatan yang sudah dibiasakan, jarang dapat ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gula di dalam mulut. | Pekerjaan yang sangat mudah; sesuatu yang sudah dikuasai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membangkit-bangkit batang terendam. | Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti tebu, airnya dimakan (= ditelan), ampasnya dibuang. | Dipilih yang baik dan dibuang yang buruk; gadis yang sudah dirosaki dan ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mati di sisi yang hidup, hidup di sisi yang mati. | Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. | Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya. baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |