[ser.pih] | سرڤيه
Definisi : 1. sumbing atau pecah sedikit (pinggan mangkuk, batu, dll): tiang batu itu kelihatan ~ sedikit; 2. = serpihan; menyerpih 1. menyerupai serpih; 2. menjadi serpih, pecah-pecah; 3. menjadikan serpih, memecahkan kecil-kecil; serpihan kepingan-kepingan kecil (drpd sesuatu spt batu, kayu, dll), sobekan: di samping novel itu, kelihatan sekeping ~ cermin muka; jangan dimasukkan ~-~ kaca ke dlm laci kamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ser.pih] | سرڤيه
Definisi : 1 pecah atau sumbing sedikit bahagian tepinya: Pinggannya ~ sedikit. 2 = serpihan bahagian yg terpecah atau tersobek sedikit dr sesuatu benda; pecahan atau sobekan kecil-kecil dr sesuatu: ~-~ kayu itu dikumpulkan dan dibakar. menyerpih menjadi serpih: Perubahan cuaca yg ketara menyebabkan batu-batan ~. menyerpihkan menjadikan sesuatu dlm bentuk serpih; memecahkan sesuatu kecil-kecil atau sedikit-sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)