Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi. | Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertumpang di biduk tiris. | Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. | Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sangkar emas, tenggeran suasa. | Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sumur digali air terbit. | Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki; hasil yang diperoleh dengan serta-merta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan. | Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. | Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |