[se.sal] | سسل
Definisi : perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada berguna prb sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habishabis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-menyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduhmenuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakanakan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar manusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg disesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.sal] | سسل
Definisi : perasaan tidak senang dsb kerana telah melakukan sesuatu yg salah dll; perasaan insaf setelah membuat kesalahan. menyesal berasa dukacita atau ralat kerana melakukan kejahatan dll; berasa insaf: Jika tidak lulus, jangan ~ nanti. menyesali menyesal akan; berasa tidak senang kpd; berasa sesal terhadap: Kebanyakan pegawai di jabatan itu ~ tindakan ketua mereka menaikkan pangkat seorang pegawai yg bukan saja tidak pernah menghasilkan apa-apa tetapi juga tidak berdisiplin. menyesalkan menyebabkan atau menimbulkan rasa sesal: Perbuatanmu itu sangat-sangat ~ hatiku. sesalan perasaan menyesal; sesuatu yg disesali: Timbullah ~ serta takut dan ngeri dlm hatinya. penyesalan hal (perbuatan dsb) menyesal atau menyesali: ~mu itu tidak bererti apa-apa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)