Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.sa.ma] | سسام

Definisi : antara (mereka itu) sendiri: mereka pun asyik berbicara ~ mereka; ~ manusia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.sa.ma] | سسام

Definisi : sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sesama

Puisi
 

Orang mengail umpan keridik,
     Habis umpan berganti daun;
Orang bermain sesama cerdik,
     Habis bulan berganti tahun.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Cencang air tidak putus,
     pancung abu tak berbekas.

Bermaksud :

Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bahaya tumbuh, sengketa habis.Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas