Bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bunga dipetik, perdu ditendang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga dipetik, perdu ditendang. | Seseorang yang gemar akan hak seseorang, tetapi benci kepada tuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bunga kembang berbalik kuncup. | Seseorang yang mulanya menurut kehendak kita, tetapi kemudiannya ia ingkar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbudi bagai pisang lebat. | Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya. berbudi = maksudnya: mengggahkan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam lepas bertaji. | Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serupa burak. | Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti gajah putih ditambat. | Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tupai bergelut. | Kehebatan rupa seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kuau mengigal [= menyesar], b. Bagai kucing main daun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai rasa batang pisang. | Tubuh seseorang yang terlalu dingin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di bawah lantai nan tiris. | Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Di bawah lancung nan tiris). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |