Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ta.hun] | ستاهون

Definisi : satu tahun (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setahun

Puisi
 

Nanas serumpun tidak berduri,
     Buah manis seperti gula;
Panas setahun hujan sehari,
     Telaga yang kering penuh semula.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Baunya setahun pelayaran.

Bermaksud :

Amat busuk sekali.

 

Lihat selanjutnya...(7)

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari, b. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari). liput = genang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baunya setahun pelayaran.Amat busuk sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umur setahun jagung, darah setampuk pinang.Belum berpengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas