Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. | Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melanting menuju tampuk, berkata menuju benar. | Setiap usaha tentu ada maksudnya; dalam perundingan hendaklah ada kebenaran dan kejujuran. lanting = lempar, lonjak, lompat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, b. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras, b. Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang, c. Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. | Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut ditimba akan kering. | Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |