Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua. | Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut. | Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. | Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sayang rugi membeli tali timba, air setitik tak dapat. | Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. | Kerana yang sedikit rosak yang banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Sebab nila setitik, rosak susu [= santan] sebelanga). kambu = bakul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |