Mengail yu dapat setoka. | Lain yang dikehendaki, lain pula yang diperoleh. setoka = pari kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |