Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.um.pa.ma] | سأومڤام

Definisi : 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.um.pa.ma] | سأومڤام

Definisi : sama halnya dgn; tak ada bezanya dgn: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seumpama bunga di gaung batu,
     taruk kaca tangkainya embun.

Bermaksud :

Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seumpama telur sesarang, dierami induknya.Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seumpama bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun.Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Anak seorang, penaka tidak.Mempunyai barang hanya sebuah saja. penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas