Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.wa/.tu.wa/.tu] | سوقتو-وقتو

Definisi : bila-bila sahaja, sebarang waktu: ~ kami dapat ditangkap (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
waktu (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: jangka masa, saat, ketika, kala, sangkala, tempoh, zaman, tenggak,

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, tempoh, kelapangan,

Kata Terbitan : sewaktu, sewaktu-waktu,

Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tidak kekal bunga dikarang.Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri.Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat. lum = ranum.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggi-tinggi melanting, jatuhnya ke tanah juga.Pangkat dan martabat yang tinggi tidak akan kekal, sewaktu-waktu akan hilang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa.Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas