Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia] | سيا

Definisi : ; ikan ~ sj ikan darat, Mystacoleusus mar­ginatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia] | سيا

Definisi : ; sia-sia tidak ada gunanya; tidak mendatangkan apa-apa hasil; terbuang saja: ~ berbuat baik kpd orang yg tidak bertimbang rasa. membuang wang dgn ~. mensia-siakan, menyia-nyiakan 1 memandang sbg tidak berguna; mem­buang-buang dgn percuma; tidak mahu menggunakan sesuatu baik-baik: Saya tidak akan ~ nasihatmu itu. 2 tidak mempedulikan atau tidak mengendahkan; mengabaikan janji dll; mengecewakan harapan: Aku tidak akan ~ engkau apabila engkau menjadi isteriku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sia
Kata Terbitan : sia-sia, mensia-siakan,

Puisi
 

Kalau tak boleh mengkuang kutetak,
     Sia-sia mudik ke hulu;
Kalau tak boleh muda kuhendak,
     Sia-sia memujuk guru.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(81)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah.Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh.Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia.Dalam melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah sederhana supaya selamat. ancak-ancak = tidak pedulikan baik buruknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perut tiada bertelinga.Sia-sia memberi nasihat kepada orang yang lapar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyenduk kuah dalam pengat.Sia-sia saja; menarik keuntungan daripada orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjaring angin.Perbuatan yang sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkering air liur.Nasihat yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghasta kain sarung.Pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menanam mumbang.Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menaikkan bendar sondai.Pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai menghitung bulu kambing, b. Membandarkan air ke bukit). bendar = serokan, parit (di sawah); sondai = miring, landai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123456789

Kembali ke atas