Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj beruk yg besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu prb bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : sj logam berwarna kelabu, tung­sten. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sia.mang] | سيامڠ

Definisi : beruk besar yg bertangan panjang, berbulu hitam dan tidak berekor, Symphalangus continentis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata siamang

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah mahu dapat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai bunyi siamang kenyang.

Bermaksud :

Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Dirintang siamang berbuai.Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bunyi siamang kenyang.Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan. (Bandingkan dengan: Bagai siamang kurang kayu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai siamang kurang kayu.Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. (Bandingkan dengan: Bagai bunyi siamang kenyang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun.Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Dirintang siamang berbuai). (Bandingkan dengan: Mabuk kerana beruk berayun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas