Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. | Tak pernah dilupakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang bagai hari, terang bagai bulan. | Kesalahan yang sudah nyata sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. | Perkara yang nyata mudah ketahuan. (Biasa juga: Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi, bertali benang bertambang tulang; atau Ayam putih terbang siang, bertali benang bertambang tulang, hinggap di kayu meranting). merasi (merarasi) = kayu yang gugur semua daunnnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. | Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Duduk berkurung siang malam. | Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hari tidak siang saja. | Tidak selamanya senang terus-menerus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam. | Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siang berpanas, malam berembun. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malam berselimut embun, siang bertudung awan. | Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai jawi terkurung siang. | Sangat gelisah kerana tidak bebas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |