| Lembah diraih, pantai dititi. | Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. raih = tarik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kilat senja, bagai petir tunggal. | Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti air dalam kolam. | Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tidak manusia nan tidak gawal. | Salah dan sikap adalah sifat manusia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tegak pada yang datar. | Berani kerana benar; sikap yang adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang. | Sikap yang tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan, tiba di dada dibusungkan. | Perbuatan (= sikap) yang tidak adil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. | Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |