| Silih berganti bagai ombak di tepi pantai. | Kehidupan yang tiada tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Jatuh dihimpit tangga. | Mendapat kesusahan silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Berbukit di balik pendakian. | Kesusahan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Kemudi patah perahu tembuk. | Kemalangan yang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Untung melambung, malang menimpa. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bajak patah, banteng terambau. | Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Hari tak selamanya panas. | Untung dan malang silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Sirih naik, junjungan naik. | Mendapat untung dan bahagia silih berganti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan. | Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |