Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sirih

Puisi
 

Nenek Lowek menjual sirih,
     Sirih dijual Jambatan Panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Asallah jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(132)
Peribahasa

Sirih pulang ke gagangnya.

Bermaksud :

Kembali ke tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sirih berlipat datang sendiri.Mendapat orang yang dicintai dengan tak payah berusaha; beroleh keuntungan dengan mudah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih pulang ke gagangnya.Kembali ke tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih naik, junjungan patah.Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih naik, junjungan naik.Mendapat untung dan bahagia silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada sirih hendak makan sepah.Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu.Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam berinduk, sirih berjunjung.Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sekebat bagai sirih.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas