Biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlindung oleh sanggul. | Suami yang selalu menurut kata isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berteras ke hujung dahan. | Suami yang tunduk di bawah perintah isterinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain sehelai berganti-ganti. | Suami isteri yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengadu air dengan garam. | Suami yang lebih mengasihi isterinya yang muda daripada yang tua, tetapi syarat-syarat untuk menyatakan kasihnya itu tidak ada padanya. mengadu = mencampur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepantun kasau dengan bubungan. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangguk rapat, keruntung bobos. | Suami pandai mencari wang, isterinya pemboros. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangguk lerak dengan bingkainya. | Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak. | Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |