| Biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. biang = hampir tembus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kain sehelai berganti-ganti. | Suami isteri yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sebagai aur dengan tebing. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepantun kasau dengan bubungan. | Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tangguk lerak dengan bingkainya. | Suami isteri yang kekal sampai tua. lerak = rosak bercerai-berai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dengan belanga lagi berlaga. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Senduk dan periuk lagi berantuk. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Genting menanti putus, biang menanti tembuk. | Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi. | Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. | Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |