| Dikembar seperti benang. | Perempuan yang menduakan suaminya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pelesit dua sejinjang. | Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Perahu satu nakhoda dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perahu satu nakhoda dua. | Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gantung tak bertali, salai tak berapi. | Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya. (Bandingkan dengan: a. Bergantung sehasta tali, b. Bergantung tidak bertali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang pelanduk berganti kijang emas. | Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mata tidur, bantal berjaga. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rumah gedang ketirisan. | Perempuan yang tidak membawa bahagia kepada suaminya. ketirisan = kebocoran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mata kejam, bantal membuat ragam. | Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. | Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Putus timba tinggal tali, putus tali tinggal timba. | Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |