Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suap] | سواڤ

Definisi : 1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. = wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah; bersuap makan dgn tangan; bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap (pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya; menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang: ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya; mempersuapkan sl menyuruh atau me­minta bersuap-suapan (pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke dlm istana dipersandingkan dan dipersuap­suapkan makan nasi kunyit; suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dima­sukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suap] | سواڤ

Definisi : 1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana ter­lalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi me­nyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suap
Kata Terbitan : menyuap,

Puisi
 

Si Sanjai nama Rang Kuok,
     Pandai benar lintang;
Tagajai nasi emak suap,
     Terkenang janji nanti petang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Besar suap daripada mulut.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tengah makan putus suap.Baru hendak merasa senang, tiba-tiba datang pula kesusahan lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas