Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata suara-

Puisi
 

Hilir perahu dari seberang,
     Dengar suara ayam berkokok;
Kalau dah tahu harimau garang,
     Pasang jerat di pangkal pokok.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai perian pecah.

Bermaksud :

Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Meragakan suara kepada si pekak.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai perian pecah.Suara yang tidak merdu. perian = tabung bambu untuk membawa air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ombak purus.Suara riuh-rendah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kacang direndang.Bunyi suara yang tak putus-putus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bunyi gung pecah.Suara yang tidak sedap didengar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bangsi buluh perindu.Suara yang lemah lembut dan merdu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti tabuhan di dalam tukil.Gema suara yang kurang jelas hujung pangkalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari.Suara yang sangat merdu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana katak di harung ular.Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kuang (= kuar) memekik di puncak gunung.Orang yang sedang bercinta dengan kekasihnya, perempuan yang bercakap dengan suara yang kuat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas