| Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. | Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah berkata satu. | Tidak berubah daripada yang telah diucapkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. | Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masak malam mentah pagi (= siang). | Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |