Menyukat penuh sudah. | Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah penuh sebagai bersukat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah penuh sebagai bersukat. | Sudah habis kesabarannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyukat penuh sudah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah mengilang membajak pula. | Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis miang kerana bergeser. | Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiga sudah berdiri habis. | Sesuatu perbuatan itu memadailah dengan tiga perbandingan iaitu: ilmu, akal, dan mahir. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jahit sudah, kelindan putus. | Habis (= selesai) sama sekali. kelindan = benang pada jarum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Habis hulubalang bersiak. | Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nasi habis budi bersua. | Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cekur jerangau belum habis lagi. | Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Betik sudah gentas. | Tiada dapat menghasilkan apa-apa lagi. gentas = habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |