Zaman puntung berasap. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Zaman Tuk Nadur berkajang kain). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menggaru luka lama. | Perselisihan yang sudah lama selesai kalau diingat-ingatkan kembali akan berbangkit semula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Zaman Tuk Nadur berkajang kain. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membangkit-bangkit batang terendam. | Mengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokok. | Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang). | Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan. suri = pemidangan pada perkakas tenun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. | Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah berasap hidungnya. | Sudah mendapat kesenangan setelah lama menderita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Usang dibarui, lapuk dikajangi. | Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Masak malam mentah pagi (= siang). | Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |