| Mati tidak akan menyesal, luka tidak akan menyiuk. | Niat yang sudah tetap, tekad yang sudah bulat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. | Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
			
				| Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. | Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |