| Sudu-sudu di tepi jalan (dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya). | Orang yang cerdik atau pendekar yang tak dapat dikalahkan. sudu-sudu = tumbuhan sebangsa lidah buaya; rabas = air hujan yang ada pada daunnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). | Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya. | Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Itik tak sudu, ayam tak patuk. | Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ayam tak patuk, itik tak sudu. | Keadaan orang yang hina dalam masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |