Sir bagai berpuntung suluh. | Sesuatu dakwaan hendaklah dengan keterangan dan bukti yang cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Siar bakar berpuntung suluh. | Tiap-tiap perkara dapat diputuskan kalau sudah cukup bukti dan keterangannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. | Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pikir (fikir) itu pelita hati. | Fikiran suluh kebenaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelam disigi, lekung ditinjau. | Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan. sigi = suluh, obor; lekung = lekuk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |