| Sumpit penuh tidak berisi. | Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai sumpit dihentakkan. | Orang yang gemuk dan lembam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan. | Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menegakkan sumpit tak berisi. | Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti sumpit abu ditegakkan. | Orang gemuk, pendek dan lembam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar. | Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendirikan (= menegakkan) benang basah. | Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu. | Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |