Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sum.pit.sum.pit] | سومڤيت٢

Definisi : sj karung yg dianyam drpd mengkuang dll (bekas beras dll): bukunya sudah dimasukkan ke dlm ~ mengkuang; menegakkan ~ tak berisi prb a) orang bodoh (miskin) yg berlagak pandai (kaya); b) per­buatan yg sia-sia sahaja; spt ~ (abu) ditegakkan = bagai ~ dihentakkan prb ejekan utk orang yg gemuk dan lembam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit.sum.pit] | سومڤيت٢

Definisi : 1. sj ikan laut, Toxotes jacula; 2. sj ikan darat, Toxotes jaculatrix. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sum.pit.sum.pit] | سومڤيت٢

Definisi : karung yg dibuat drpd mengkuang dsb utk bekas beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumpit-sumpit

Puisi
 

Sedang keranjang lagi tak penuh,
     Kononkan sumpit nak diisi;
Turun dijenjang lagi mengeluh,
     Kononkan bukit kan didaki.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai sumpit dihentakkan.

Bermaksud :

Orang yang gemuk dan lembam.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sumpit penuh tidak berisi.Orang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai sumpit dihentakkan.Orang yang gemuk dan lembam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan.Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menegakkan sumpit tak berisi.Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti sumpit abu ditegakkan.Orang gemuk, pendek dan lembam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mendirikan (= menegakkan) benang basah.Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu.Keputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas