Sungai tak tentu gaungnya. | Tak tentu asal usulnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke sungai sambil mandi. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mana sungai yang tiada berhulu? | Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Suak, sungai satu air. | Sepupu yang berasal daripada satu keturunan. suak = teluk kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai pancang digoncang arus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. | Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu. | Berpenat lelah dengan sia-sia saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air mudik sungai, semua teluk diranai. | Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. ranai = jalani (boleh jadi ranahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. | Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air didih menganak sungai. | Hiburan yang sangat mewah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |