Tebu takkan pahit rasanya. | Orang yang sungguh-sungguh baik tidak akan berkelakuan jahat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. | Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh dioja, dipegang ekor. | Harap-harap percaya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh bersubang tidak berdara. | Wanita yang berpakaian elok, tetapi buruk kelakuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh berjanggut, tiada berjubah. | Keadaan yang melebihi kenyataan yang sebenarnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga. | Tidak betah merantau, akhirnya balik semula ke kampungnya. seluang = sebangsa ikan air tawar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga. | Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. | Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. | Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menjangkau sehabis tangan. | Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |