Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di samping perkara itu…; juga; walaupun; meskipun: ~ begitu, telur penyu tetap menjadi barang perniagaan yg menguntungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguhpun (kata tugas)
Bersinonim dengan meskipun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun.,

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Lima enam tujuh setengah;
Sungguhpun pandai tupai melompat,
     Ada masa jatuh ke tanah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Sungguhpun batang merdeka,
     ingat pucuk akan terempas.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sungguhpun lemak santan, akhirnya basi juga.Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terempas.Sesuatu pekerjaan hendaklah dikaji dengan masak-masak dari mula sampai ke akhirnya supaya selamat dan sempurna.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar, tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit.Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas